SELANGOR| 9-10 MEI – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama World Assembly Muslim Youth (WAMY) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) telah mengadakan agihan juadah berbuka puasa kepada pelajar IPT sebanyak 609 bungkus yang ditaja oleh pihak WAMY. Agihan tersebut berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Bangi dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) , Bandar Seri Putra.
Agihan telah disampaikan kepada wakil pelajar kolej kediaman universiti. Turut serta menyampaikan sumbangan juadah berbuka adalah, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM , Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM .