MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat santuni warga emas

TAIPING 3 Jun – Seramai 20 orang sukarelawan Majlis Belia Daerah (MBD) Larut Matang dan Majlis Belia Negeri Perak bersama 12 penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah menjalankan kerja gotong-royong membersihkan Rumah Seri Kenangan Taiping dan menyantuni warga emas di sana dalam Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat.

Program ini sebagai salah satu proses asimilasi bersama masyarakat melalui kerja-kerja kebajikan anjuran Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Program ini telah dihadiri oleh TKP Zaidi Hamid, Pengarah Bahagian Banduan dan TKP Faisal Mohamed Noor, Pengarah Penjara Negeri Perak.

MBM diwakili oleh Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Ahli Jawatankusa Kerja MBM merangkap Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »