PUTRAJAYA 11 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah menghadiri mesyuarat bersama Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Bangunan SPRM Putrajaya.
Ini merupakan mesyuarat lanjutan kedua-dua pihak bagi membincangkan kerjasama program advokasi pencegahan rasuah dalam kalangan belia yang dirancang di Negeri Johor pada bulan Jun 2023 nanti.
MBM komited dalam usaha melahirkan generasi belia yang seimbang bukan sahaja intelektual tetapi beretika dan berintegriti.