MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden WAY: Idris menang tanpa bertanding

 

MELAKA 23 Nov. – Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron menang tanpa bertanding jawatan Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) yang baru bagi penggal 2010-2014 selepas dua calon lain dari Somalia dan Indonesia menarik diri menjelang pengundian itu esok.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan oleh Presiden WAY, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WAY kali ke-15 yang masuk hari kedua diadakan di Puteri Resort Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, kedua-dua calon itu telah memaklumkan kepada pihak Sekretariat WAY bahawa mereka tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden yang dijadual diadakan esok.

‘‘Dengan penarikan diri calon dari Indonesia dan Somalia itu, secara tidak rasmi Idris menang jawatan Presiden WAY yang baru. Esok secara rasmi kita akan umumkan keputusan ini,” katanya.

Jawatan Presiden WAY kosong selepas penyandangnya, Mohd. Ali mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1993 bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui pertubuhan itu.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Idris bersyukur kerana mendapat mandat daripada semua perwakilan untuk menerajui pertubuhan itu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »