MAJLIS BELIA MALAYSIA

PRESIDEN MBM TERPILIH DAN MENERIMA JEMPUTAN PROGRAM “LET LEADERS LEAD” DI AMERIKA SYARIKAT

AMERIKA SYRIKAT – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha terpilih dan menerima jemputan menyertai program “Let Leaders Lead” yang disertai pemimpin agama, masyarakat dan belia daripada seluruh dunia. Saudara Jufitri dijemput atas kapasiti Alumni International Visitor Leadership Program (IVLP) 2012. Sewaktu IVLP 2012, beliau dijemput sebagai pemerhati Pilihanraya Presiden Amerika selama 3 minggu sambil belajar sistem politik dan pilihanraya Amerika.

Program anjuran dan ditaja oleh Jabatan Negara Amerika ini berlangsung 15 – 29 September bertemakan peranan agama di dalam masyarakat melibatkan Washington D.C., South Dakota dan Chicago.

Setakat ini delegasi telah dibawa melawat dan berdiskusi secara ilmiah dan praktikal di United States Institute of Peace (USIP), Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding of the Georgetown University dan Jabatan Negara Amerika.

Saudara Jufitri turut berkongsi pengalaman, peranan dan fungsi MBM dalam memupuk perpaduan dan persefahaman di antara belia pelbagai agama di Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »