PUTRAJAYA 17 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha menerima warkah dan sijil penghargaan khas daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Waytha Moorthy dan YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa atas khidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) 2018 – 2019 di Kementerian Sumber Manusia.
Turut menerima warkah sijil yang sama adalah pemimpin-pemimpin besar agama yang turut menganggotai JKMPKA.
MBM aktif membantu JKMPKA melalui biro belia dan telah melakasanakan pelbagai program untuk memupuk perpaduan dan keharmonian penganut agama. MBM juga telah mencadangkan penubuhan JKMPKA khas untuk belia bagi memberikan lebih banyak peluang para belia menyumbang di dalam JKMPKA.
MBM juga telah mengusulkan beberapa nama pemimpin belia untuk dilantik ke dalam JKMPKA untuk sesi baharu 2020 – 2021. Ahli JKMPKA dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia.