MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM Santuni Mangsa Banjir Di KL

Kuala Lumpur 8 Mac – Seusai majlis perasmian MPAT71 bersama YAB Perdana Menteri, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi bergegas ke lokasi banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

Presiden turut menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman Kg. Bahru. PPS ini menempatkan hampir 300 orang dari 70 keluarga mangsa banjir. Presiden turut menyampaikan sumbangan roti, pelitup muka dan kit kebersihan diri melalui wakil penduduk, Encik Kamaruzaman.

Turut sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Ibnu Isa yang menyelaras program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »