MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM Menyampaikan Ucapan di IASS Malaysia-Indian Series 2023

Petaling Jaya | 13 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui rakan kolaborasi DEWI , INPUT dan Center Of Excellence For Extended Reality Technology (COEXRT) telah menganjurkan Indian Asean Startup Summit (IASS) Malaysia-Indian Series 2023 yang berlangsung selama dua hari di Sunway Convention Center.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah hadir menyampaikan ucapan beliau dalam program tersebut.

Beliau berkata, kerjasama penganjuran ini perlu diadakan dengan lebih meluas kerana ia dilihat berpotensi untuk menggabungkan peranan pelbagai segmen masyarakat khususnya golongan belia.

Penganjuran ini juga membuka ruang pelaburan jangka masa panjang kepada organisasi yang terlibat serta memacu perkembangan ekonomi negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »