MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM ke Russia hadiri International Congress of Youth Wings of Political Parties

SEPANG 20 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid malam tadi berlepas ke Russia bagi menghadiri International Congress of Youth Wings of Political Parties yang berlangsung di Orenburg, Russia.

Delegasi Malaysia diwakili oleh Presiden MBM dan Sdr. Kamil Munim dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Hadir mengucapkan selamat jalan di KLIA ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim.

Persidangan ini bertujuan menggalakkan pertukaran dan kerjasama di kalangan sayap belia parti politik dari seluruh dunia dengan pelbagai ideologi seterusnya belajar daripada pengalaman parti politik negara lain.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »