BANTING 5 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah menghadiri program Sinergi Belia Kuala Langat dan Moreh bersama Majlis Belia Selangor (MBS) dalam siri Jelajah Ramadhan MBS di Juvita Seafood Banting.
Hadir sama Presiden MBS, YB Dato’ Mohd Imran Tamrin; Presiden MAYC Kebangsaan merangkap Pengerusi MBD Kuala Langat, Sdr. Al-Hafizi Abu Bakar serta kepimpinan MBS dan MBD. Terima kasih atas undangan, semoga ukhuwah keluarga belia khususnya di peringkat akar umbi terus dipereratkan.