AMPANG 30 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan ke-45 secara bersemuka dan dalam talian. MBM merupakan Ahli Majlis PEADAM.
Pelbagai perkara dibincangkan melibatkan usaha memerangi dadah habis-habisan terutama dalam kalangan generasi muda dan juga sistem sokongan kepada keluarga yang diuji dengan ahlinya terlibat dalam penagihan dadah.
Turut dibangkitkan isu sempadan negara yang berisiko kepada penyeludupan dadah memberikan kesan negatif kepada belia yang tinggal di sempadan.
PEMADAM masih belum mempunyai Yang Dipertua disebabkan pertukaran Kerajaan.
MBM menyeru agar pemimpin belia seluruh negara turut memfokuskan agenda dan usaha memerangi dadah habis-habisan.