MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM hadir sebagai panel forum Persidangan ‘Empowering Diversity in Leadership’

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah hadir sebagai panel Forum 2 bertajuk “Generation Gap : Issues and Challenges” sempena Persidangan ‘Empowering Diversity in Leadership: Navigating Complexities, Embracing Differences 2023’ anjuran bersama Universiti Malaysia Sabah, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Invest Sabah Berhad yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Forum ini turut menampilkan panelis lain seperti Prof Dr Syed Muhammad Khairudin AlJunied, Profesor Universiti Malaya; Prof Richard Anthony Cruz, Asian Institute of Management, Philippines dan Prof Dr Murnizam Hj Halik, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysa Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Leadership Profiling Centre, AKEPT.  

Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Phoong Jin Zhe yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah.

Persidangan selama dua hari ini bertujuan mengangkat peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam membantu negara mewujudkan persekitaran kondusif untuk generasi muda terlibat sebagai tenaga kerja yang produktif dan memenuhi permintaan pasaran masakini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »