SHAH ALAM 25 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama 14 orang Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari UiTM seluruh negara bertempat di Rumah Alumni UiTM Shah Alam sempena persidangan YDP MPP UiTM.
Turut sama Presiden Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) Sdr. Saiful Azhar yang menjemput MBM turut serta dalam majlis ini.
Ini merupakan beberapa siri temuseru pimpinan MBM bersama pemimpin pelajar UiTM dalam usaha mendekatkan mereka dengan MBM. PIMPIN ternyata melahirkan ramai pemimpin masyarakat yang berjaya dan berjasa kepada Negara.