QATAR|16 Januari – Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri Majlis Penutup OIC Youth Capital City 2019 yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan dan Sukan Qatar H.E. Salah Ghanem Al Ali di Doha Exhibition dan Convention Centre.
OIC Youth Capital memberikan peluang kepada negara tuan rumah untuk merancakkan aktiviti merapatkan belia OIC dari 57 Negara OIC. Qatar telah menyerahkan giliran tuan rumah OIC Youth Capital City 2020 kepada Negara Bangladesh. Malaysia dan Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2017 bersama-sama Iran dan Maghribi.
OIC Youth Capital City merupakan salah satu projek utama di bawah OIC Youth Forum.