MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM dilantik sebagai Ahli Panel Berkepakaran KPKT Malaysia

PUTRAJAYA 11 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah dilantik sebagai Ahli Panel Berkepakaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tempoh setahun. Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri KPKT, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican kepada 25 orang pakar dilantik.

Ini merupakan platform konsultasi strategik yang membolehkan MBM menyampaikan idea dan pandangan berkenaan belia dan isu perumahan.

Usaha KPKT wajar dipuji kerana mempraktiskan amalan konsultasi yang turut melibatkan wakil belia dan MBM.

Turut sama Timbalan Menteri KPKT, Dato’ Sri Dr. Hj Ismail Hj Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha KPKT, Dato’ Azman Taib.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »