PUTRAJAYA 28 September – Pengarah baharu Institute for Social Science Studies (IPSAS), Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Ismi Arif Ismail telah mengadakan perbincangan dan menawarkan pelantikan kepada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Ahli Penasihat IPSAS.
Lantikan atas kapasiti Presiden MBM sebagai individu yang berpengalaman dalam pelbagai sudut pembangunan belia merangkumi polisi, pengamalan dan latihan termasuk pengalaman menggerakkan kerja belia profesional melalui Malaysian National Federation of Youth Worker dan Commonwealth Alliance of Youth Work Associations (CAYWA)
IPSAS merupakan institut kajian yang terkehadapan dalam bidang kajian kesejahteraan belia di Malaysia. MBM sudah pun membina hubungan baik dengan IPSAS semenjak beberapa tahun yang lepas.
MBM juga bakal memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama IPSAS bagi memfokuskan kerjasama kajian belia & kerja belia profesional, program wacana isu belia semasa dan idea awal penubuhan ‘Kerusi MBM’ (peringkat cadangan) bagi menempatkan pemimpin belia terpilih menjalankan kajian kesarjanaan di IPSAS berkaitan pembangunan belia.
Hubungan rapat antara pengkaji seperti IPSAS dan pengamal seperti MBM amat bermanfaat demi kebaikan pembangunan belia berasaskan bukti emperikal.