GEORGE TOWN 17 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Agung Tahunan (AGM) kali ke-57 Majlis Belia Hindu Malaysia di Bangunan Komtar.
Persidangan ini dirasmikan oleh Dato’ Seri R.S. Thanenthiran Presiden Makkal Sakthi Malaysia.
HYO antara gerakan belia terawal wujud semenjak 1949 dan telah melahirkan ramai pemimpin masyarakat serta badan gabungan MBM.
Tahniah barisan kepimpinan Malaysian Hindu Youth Council dibawah teraju Sdr. Ananthan Subramaniam.
Turut hadir Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Puhaz Saleh; Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Sdr. Izan Asmawi Habidan; Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia dan beberapa pimpinan yang lain.
Service Above Self!





