MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM bertemu Perdana Menteri bincang isu belia

JAKARTA 8 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatannya ke Indonesia bertempat di Hotel Grand Hyatt Jakarta.

Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM sempat memberikan taklimat berkenaan gerak kerja MBM khususnya Sambutan Jubli Intan MBM tahun ini serta isu-isu semasa pembangunan belia.

Menjadi kebanggaan keluarga belia, apabila Presiden ke-6 MBM diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menjadi bukti bahawa MBM tetap kekal releven sebagai rahim dalam melahirkan pemimpin negara.

Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM dan Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) yang juga merupakan Presiden ke-16 MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »