MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM bersahur bersama perwakilan MAT ke-62 MAYC Kebangsaan

KUALA LUMPUR 17 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri majlis sahur bersama para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa.

Pada majlis sama, Presiden MBM turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada MAYC Kebangsaan sebagai gabungan terbesar MBM dan kebersamaan dalam menggerakan agenda pembangunan belia negara.

Hadir sama Sdr. Al-Hafizi Hj Abu Bakar, Presiden MAYC Kebangsaan dan barisan kepimpinannya.

Syabas MAYC!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »