MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM berkongsi pentas – aspirasi anak muda dalam demokrasi berparlimen dan landskap politik rantau ASEAN

KLANG 7 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini berkongsi pentas bersama panelis hebat dalam Program ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Roadshow, bersempena penganjuran 2nd Consultative Meeting of Young Parliamentarians (YPA) bertempat di Wyndham Acmar Klang.

AIPA Roadshow merupakan platform yang menyatukan wakil dari parlimen, wakil kerajaan dan pimpinan belia. Program anjuran Parlimen Malaysia dengan kerjasama AIPA Secretariat ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh kerjasama serantau serta memperkasakan suara anak muda dalam pembangunan dasar dan kepimpinan di peringkat ASEAN.

Antara panelis lain yang terlibat YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan; YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan, NGO merangkap ADUN Selangor; H.E. Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dari Universiti Putra Malaysia yang bertindak sebagai moderator.

Diharapkan penyertaan dalam platform sebegini memberi manfaat untuk mengangkat suara anak muda serta memberi impak kepada golongan belia dalam landskap politik negara dan global.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »