PUTRAJAYA 20 Julai – Kementerian Perpaduan Negara hari ini telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bil.1 tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II merangkap Pengerusi MPPN, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof di Kementerian Perpaduan Negara.
Mesyuarat turut dihadiri YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara selaku Timbalan Pengerusi dan barisan Ahli baharu Majlis seramai 18 orang yang terdiri daripada tokoh masyarakat, pegawai kanan jabatan dan NGO merangkumi pelbagai sektor.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid antara Ahli Majlis yang dilantik mewakili NGO Belia bagi sesi 2023-2025.
MPPN berfungsi sebagai penasihat Kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha penyatuan nasional (national reconciliation) bagi memastikan perpaduan negara terus terpelihara.
Terima kasih YB Menteri KPN, semoga melalui paltform ini MBM dapat memberi sumbangan terhadap usaha penyatuan rakyat Malaysia.




