Acara 3 hari Festival Islam yang dianjurkan oleh OIC ‘Youth Capital’ dangan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Kerajaan Republik Iran telahpun melabuhkan tirai dengan jayanya kelmarin. Acara tersebut telah diadakan di Bandar Shiraz, Iran.
Pada kali ini, satu pertandingan hafazan dan bacaan Al-Quran telah diadakan. Ia telah disertai oleh lebih dari 55 orang peserta belia dari negara – negara OIC.
Presiden MASAT, Sdr Muhammad Bin Ahmad Zahid melalui Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili Malaysia dan mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Beliau telah diumumkan sebagai antara tiga peserta yang memegang gred tertinggi (kategori bacaan) oleh barisan juri antarabangsa. Dua orang lagi pemenang merupakan peserta dari Iraq dan peserta tuan rumah, Iran.
Acara penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Kerajaan Republik Iran, Dr. Sayed Abdulhamid Ahmadi, selain kehadiran Governor Bandar Metropolitan Farz, Ismail Tabardar, Dif-dif kehormat dari OIC dan Mufti Besar Istanbul, Prof. Dr. Hasan Kamil Yılmaz.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada OIC dan Kerajaan Republik Iran atas penganjuran kali ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) atas dorongan dan sokongan yang diberikan.