PUTRAJAYA 17 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi Pre Council bersama kepimpinan Dewan Tertinggi MBM bertempat di Menara KBS.
Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM.
Hadir sama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM; Sdr. Mohd Fairos Rusli, Timbalan Presiden MBM; barisan Exco dan Dewan Tertinggi MBM.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai isu berkaitan pembangunan belia yang akan di utarakan dalam sesi town hall hari ini bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

















