MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pra Bengkel dan Bengkel Technical Working Group (TWG) Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 (IBSM 21)

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pra Bengkel dan Bengkel Technical Working Group (TWG) Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 (IBSM 21) telah diadakan anjuran Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), berlangsung secara atas talian dengan disertai oleh 17 wakil organisasi.

Bengkel yang berlangsung pada hari ini adalah lebih kepada sesi pengenalan terhadap IBSM 21 yang sedang dalam proses untuk dibangunkan. Semua wakil organisasi yang dijemput hadir dalam bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil NGO, Think Tank, Pusat Sukan IPTA dan kementerian yang terbabit.

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diwakili oleh Felo Penyelidik iaitu Sdr. Mohd Fauzi Hj. Fadzil kesemua wakil yang dijemput telah dibekalkan dengan dokumen IBSM 21, dokumen tersebut akan dibincangkan sekali lagi pada tarikh 29 dan 30 Jun 2021 bagi mendapatkan draft terakhir IBSM 21.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »