MAJLIS BELIA MALAYSIA

PM Yakin MBM Jayakan Program Intervensi Sosial Untuk Kesejahteraan Belia dan Keluarga Malaysia

Subang Jaya 7 Mac – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yakin MBM sebagai badan induk pertubuhan belia mampu memainkan peranannya membantu kerajaan melalui inisiatif intervensi sosial untuk pembangunan dan kesejahteraan belia dan seluruh Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-71 Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini.

Persidangan MPAT MBM berlangsung dari 5 hingga 6 Mac 2022 dengan kehadiran 385 perwakilan dari badan gabungan MBM seluruh negara.MPAT ini juga menyaksikan Sdr. Izzat Afifi dipilih sebagai Presiden MBM ke-23 bagi sesi 2022-2024 dalam proses pemilihan menggantikan Sdr. Jufitri Joha yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan dana RM500,000 untuk MBM bagi menggerakkan aktiviti pembangunan belia.

Majlis turut dihadiri YB Dato‘ Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Belia dan Sukan, Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Mohamad Azhari, Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, bekas Presiden MBM; Sdr. Jufitri Joha; bekas Pengerusi Tetap MBM; YB Mohd Syahbuddin Hashim, bekas-bekas pemimpin belia, pemimpin dan ahli gabungan MBM serta rakan-rakan strategik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »