MAJLIS BELIA MALAYSIA

PM umum lantik Senator Belia ke Dewan Negara

TUARAN 16 Julai – “Pandangan belia pastinya dihargai kerajaan kerana belia adalah masa depan negara”.

“Untuk itu, bagi mendengar suara belia, pandangan belia, maka saya umumkan untuk melantik seorang Senator bagi mewakili belia di Dewan Negara”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut ketika melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan dana pentadbiran RM5.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan-badan gabungannya serta tambahan peruntukan RM1 juta bagi melaksanakan aktiviti masing-masing.

Sambutan HBN bertemakan ‘Ini Masa Kita’ dihadiri lebih 5,000 belia sebagai sesuatu yang menarik bagi memenuhi permintaan supaya HBN diadakan di luar kesibukan kota sebagai meraikan belia Keluarga Malaysia.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »