MAJLIS BELIA MALAYSIA

PM rai pimpinan belia di Majlis Berbuka Puasa

PUTRAJAYA 26 April – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah meraikan pimpinan belia di Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di kediaman rasminya di Sri Perdana.

Lebih 1,000 orang jemputan yang terdiri dari pengurusan Kementerian Belia dan Sukan, pemimpin belia dari pelbagai kaum, NGO serta anak-anak yatim hadir ke majlis ini.

Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin sebelum berbuka.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Baitul Sakinah.

Perdana Menteri seterusnya bersama-sama jemputan menunaikan solat Maghrib, Isya, Terawih dan diakhiri dengan moreh.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan; YB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, YB Senator Ras Adiba Radzi, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YB Dato Ismail Md Said, Presiden MBM; Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan barisan kepimpinan MBM terdiri daripada Exco, Dewan Tertinggi dan badan-badan gabungan MBM serta pengurusan tertinggi KBS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »