MAJLIS BELIA MALAYSIA

PM rai NGO di Majlis Berbuka Puasa

Putrajaya, 16 Ogos 2010 – YAB Perdana Menteri telah meraikan pertubuhan NGO serta rumah anak-anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di kediaman rasminya di Sri Perdana, Putrajaya. Lebih 500 orang jemputan yang terdiri dari pemimpin belia  serta anak-anak yatim disambut sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan isteri. Pada majlis tersebut, anak-anak yatim disumbangkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Sempena majlis ini juga, seluruh jemputan bersama YAB Perdana Menteri  turut bersama-sama menunaikan solat sunat Terawih dan Witir dan diakhiri dengan moreh. Sepanjang majlis, YAB Perdana Menteri turut dilihat beramah mesra dengan hadirin tanpa mengira pangkat atau darjat mereka. Ini amat bertepatan dengan peribadi YAB Perdana Menteri yang mesra rakyat.

Beberapa exco MBM juga yang diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut hadir bersama-sama YAB Perdana Menteri bagi meraikan jemputan.

Untuk gambar selanjutnya, sila klik di sini

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »