KUALA LUMPUR 13 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah menjadi tetamu rancangan Bicara Naratif TV1 (RTM) bagi membicarakan topik PLKN 3.0 kembali, apa rasionalnya? bertempat di Studio Wisma TV, Angkasapuri.
Kupasan topik ini susulan langkah kerajaan mengembalikan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun depan bagi belia yang lahir pada tahun 2007 dan berumur 35 tahun.
Selain Izzat, program ini turut menampilkan Prof. Madya Dr. Mursid Arshad, Pensyarah (Pembangunan Belia) FPP & Unit Literasi dan Advokasi Politik IPSAS, Universiti Putra Malaysia dan Dr. Abd Razak Zakaria, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya.