PEMERHATIAN
Kerajaan dengan kepimpinan yang ada sewajarnya telah pun menyediakan pelan strategik antara Kementerian terlibat dalam tempoh darurat ini mekanisme menangani masalah kesihatan mental yang ekonomi negara untuk rakyat.
Sungguhpun PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan memberi sedikit kelonggaran kepada PKS, namun golongan berpendapatan rendah terutama peniaga masih survive ekoran masa perniagaan yang dibenarkan tidak sesuai kepada perkhidmatan tertentu yang dibenarkan.
Faktor masa yang ‘kritikal’ ini masih menyebabkan beberapa sektor PKS masih tidak dapat beroperasi seperti biasa. Ada juga PKS mahupun peniaga kecil yang bergantung sumber pendapatan bermula pada waktu malam.
Sekiranya kita terus bertahan untuk situasi yang sama dua minggu dengan masih perubahan yang kritikal maka lanjutan proses PKP akan terus dilaksanakan malah ekonomi rakyat terkesan juga masih sama dan tidak berubah.
Kebimbangan dan kerisauan rakyat kepada tenaga perbatasan hadapan atau frontliner yang terus menerus berhadapan dengan peningkatan kes dan jumlah katil pesakit semakin terhad menggesa pihak Kerajaan untuk tutup sepenuhnya atau total lockdown demi keutamaan kepada nyawa rakyat.
Kadar trafik pelanggan dalam tempoh PKP 3.0 yang perlahan terutama di kawasan PKPD juga memberi kesan kepada jualan peniaga kecil dan peniaga dalam sektor tidak dibenarkan juga hilang punca pendapatan.
Perniagaan yang tiada kesudahan juga tidak ke mana. Total lockdown perlu bertahan seketika untuk kelangsungan pada masa akan datang. Ada rakyat bimbang, jiran sebelah kedai hari ini ada, esok lusa kedai terus tutup akibat COVID-19, malah lebih membimbangkan kematian akibat virus ini!
Dalam saat darurat ini seharusnya Kerajaan perlu lebih berkeras mengenai SOP COVID-19 terutama dalam hal menjaga dan melindungi nyawa rakyat untuk tempoh proklamasi darurat 2021.
CADANGAN TOTAL LOCKDOWN
1.) Penularan mungkin tidak dapat turun drastik dalam tempoh sebulan, namun sekurang- kurangnya dapat memperlahankan penularan jangkitan dan memberi ruang sektor sistem kesihatan dan frontliner;
2.) Dalam tempoh 2 minggu fokus yang paling utama ialah putuskan rantaian;
3.) Bagi PKS mahupun peniaga kecil terkesan, Kerajaan melalui kementerian berkaitan sepatutnya menumpukan sokongan strategik PKS dan peniaga kecil untuk diberi bantuan yang utama sepanjang tempoh lockdown;
4.) Full lockdown pelaksanaan 100% PERLU Kerajaan sokong dan pihak Kerajaan perlu mengadakan pelan strategik perangi COVID-19 dalam tempoh darurat ini dalam melindungi nyawa rakyat yang lebih perlu diberi keutamaan;
5.) Paling penting rakyat mahukan COVID-19 diperangi di Malaysia dan cadangan ini untuk memberi ruang kepada sistem kesihatan dan menggesa Kerajaan pertimbangkan sokongan /bantuan sara hidup dalam tempoh tersebut.
CADANGAN KEPADA KERAJAAN
Justeru, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan:
1.) Berharap moratorium secara automatik dilaksanakan seperti pelaksanaan PKP sebelum ini dan ini dapat melegakan rakyat terutama golongan B40 terhadap bentuk bantuan yang telah diberikan pada PKP 1.0 tahun lalu dan kini ada yang dalam poses pembayaran semula;
2.) KADAR trafik pelanggan dalam tempoh PKP 3.0 juga memberi kesan kepada jualan peniaga dan rata-rata kaedah dalam talian dimonopoli syarikat yang lebih besar. Di sini Kerajaan perlu menyediakan platform strategi membantu pemasaran peniaga kecil bersasar dengan menyedia satu platform fokus dan efektif terhadap golongan PKS mahupun peniaga kecil;
3.) Malaysia pernah menang suatu masa dulu, dan dikhianati (usaha lockdown PKP 1.0). Rata-rata peniaga lebih rela perniagaan ditutup untuk satu tempoh sementara (sekejap) untuk kesenangan berpanjangan. Berbanding PKP 50-50 tapi kita tidak tahu sampai bila akan selesai. Sama-sama berkorban. Sama-sama menang!;
4.) Berharap pihak Kerajaan tidak menjadikan PKPD seperti “switch button”, sampai bila juga akan tetap berterusan;
5.) Self lockdown juga boleh menyebabkan kes berjangkit dengan rakan sekerja bagi sektor yang dibenarkan dan kita perhatikan hari ini peningkatan kes jangkitan dari sektor pekerjaan;
6.) Sungguhpun self lockdown dijalankan, rakyat yang bergelut dengan krisis ekonomi perlu tetap keluar mencari rezeki ditambah kesedaran sosial rakyat Malaysia yang sentiasa perlu diperingat dari masa ke masa.
Sebagai belia Malaysia, harapan dan doa MBM agar jangan jadikan total lockdown pilihan terakhir setelah banyak nyawa rakyat dan penyambung generasi Malaysia berakhir.
JAWATANKUASA TINDAKAN EKONOMI MAJLIS BELIA MALAYSIA (JAKTEM)
Bertarikh : 26 Mei 2021