MAJLIS BELIA MALAYSIA

PKP 3.0: Jangan Biarkan Pisang Berbuah 3 Kali

Kenyataan Media Bersama
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Badan Gabungan MBM

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungan MBM ingin merakamkan kegusaran dan keresahan rakyat Malaysia dan golongan belia secara khususnya dengan perlaksanaan terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan. Sejujurnya setelah hampir 18 bulan negara berhadapan dengan pandemic COVID19, rakyat tidak menyangka bahawa PKP akan dilaksanakan lagi.

MBM dan badan gabungan ingin mengingatkan semua bahawa Kerajaan telahpun mengisytiharkan Darurat dengan tujuan utama sebagai mekanisme melawan COVID19. Namun begitu, secara jujurnya, MBM tidak dapat melihat apa-apa unjuran positif daripada perlaksanaan Darurat ini. Jumlah kes positif COVID19 yang dilaporkan selepas pengumuman Darurat sebaliknya semakin meningkat dan meruncing. Perlaksanaan program imunisasi negara yang bergerak pada kadar yang sangat perlahan juga tidak membantu.

Impak COVID19 kepada ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat semakin memeritkan. Makin ramai yang kehilangan kerja, banyak perniagaan yang gulung tikar dan kemiskinan bandar juga semakin parah. Lebih malang, para pelajar di peringkat sekolah dan universiti turut menjadi mangsa akibat polisi flip-flop yang dibuat oleh Kementerian. Malah, pelaksanaan PKP 3.0 ini juga adalah amat mengelirukan di mana sektor industri yang dilaporkan sebagai punca utama kes positif COVID19 (iaitu sektor kilang sepertimana data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan), masih dibenarkan beroperasi penuh dan sektor-sektor lain seperti industri sukan pula yang ditutup secara keseluruhan. Ironi ini masih menjadi misteri yang membingungkan.

Menyedari bahawa sistem kesihatan awam Malaysia telah berada pada kapasiti kritikal akibat peningkatan melampau kes positif COVID19, MBM dan badan gabungan menyarankan agar Kerajaan melaksanakan PKP tegas seperti PKP 1.0 secara 2 minggu di mana pergerakkan rakyat dan operasi industri dihadkan pada kadar minima dan mengikut keperluan sahaja. Pelaksanaan PKP yang bersifat drastik tetapi berkesan adalah lebih baik dari melaksanakan PKP yang dilihat ‘mengawal’ tetapi mempunyai banyak ‘kelonggaran’, lantas menyebabkan negara terus berada dalam keadaan yang tidak menentu akibat pelaksanaan kucar kacir serta penguatkuasaan yang mengundang pertikaian.

Sebagai mendepani isu ekonomi rakyat secara sementara ketika PKP dilaksanakan secara drastik, moratorium dan bantuan kewangan perlu mengiringi langkah ini. MBM dan badan gabungan percaya, menerusi rentetan penjenamaan PKP dan tempoh Darurat yang diperkenalkan selama 18 bulan ini, Kerajaan sudah pastinya mempunyai cukup pengalaman, kajian dan bank data bagi membantu rakyat yang terkesan sekiranya PKP dilaksanakan sepertimana PKP 1.0 dibuat selama 2 minggu.

Percayalah, jika kita tidak bersungguh, PKP 3.0 ini juga akan mengulang kegagalan yang sama seperti PKP 2.0.

Kerajaan, usah biarkan pisang berbuah 3 kali.

Di kesempatan ini juga MBM dan badan gabungan turut ingin memberikan saranan agar proses imunisasi dipercepatkan dan dilaksanakan secara holistik serta menyeluruh di seluruh pelusuk Malaysia terutama difokuskan di kawasan berisiko tinggi.

Dikeluarkan bersama oleh :

1.) Majlis Belia Malaysia (MBM)
2.) Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM)
3.) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4.) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
5.) Majlis Belia Negeri Selangor (MBS)

6). Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
7). Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP)
8). Majlis Belia Sabah (MBS)
9). Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10). Majlis Belia Negeri Perlis (MBN Perlis)
11). Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM)
12). Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
13). Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
14).Majlis Belia Felcra Malaysia (MBFeM)
15). Majlis Belia Negeri Kelantan (MBNK)
16). Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)
17). Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ)
18). Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
19).Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT)
20). Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT)
21). Persatuan Pandu Puteri Malaysia
22). Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
23). Majlis Belia Negeri Perak (MBNP)
24). Majlis Belia Negeri Penang (MBNPP)
25). Persaudaraan Belia Methodist Malaysia (PBMM)
26). Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM)
27). Pergerakan Puteri Islam Malaysia
28). Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS)
29). Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM)
30). Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
31). Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »