Putrajaya 19 Ogos – Seawal 6.30 petang Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman dibanjiri oleh ramai untuk menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Perseorangan Badminton Lelaki yang diantara Dato’ Lee Chong Wei menentang Lin Dan dimana keputusan dimenangi oleh Dato’ Lee Chong Wei yang seterusnya layak ke perlawanan Akhir.
Disini juga dimeriahkan dengan gerai pameran oleh MBM melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan gerai jualan seperti Koperasi KBS dan dimeriahkan dengan Food Truck dengan pelbagai pilihan juadah makanan.
Suasana bertambah meriah dengan persembahan Busking, Breakdance, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang Upload & Menang PSK 2016 yang disampaikan oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup.
Debaran semakin dirasainya bila detik bermulanya Perlawanan Akhir Beregu Lelaki Malaysia, dimana sorakan dan jalur gemilang akan dikibarkan apabila pasukan Malaysia meraih mata diperlawanan. Namun perlawanan tersebut memihak kepada pasukan China dengan keputusan 3-1 dengan mata kemenangan 16-21, 21-11 dan 23- 21. Tahniah diatas kejayaan pasukan Malaysia membawa pulang Pingat Perak kedua bagi acara Badminton…