MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pimpinan MBM hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-49 KNPI

YOGYAKARTA 23 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis sambutan Ulang Tahun ke-49 Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) yang diadakan di Monumen Serangan 1 Maret, Kota Yogyakarta.

Turut berlangsung majlis lafaz ikrar Ahli Dewan Pengurus Pusat KNPI bagi penggal 2022-2025 yang diketuai oleh Ketua Umumnya, Sdr. Haris Pertama.

Keberadaan MBM di sini atas undangan pihak KNPI yang merupakan rakan pembangunan belia serumpun ini selain meraikan ulang tahun yang sama.  

Delegasi MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Fairos Rusli, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM.

Turut hadir dalam majlis ini Sdr. Jufitri Joha, bekas Presiden MBM ke-22.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »