MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pimpinan MBM beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Presiden ABIM pertama

BANGI 18 Mei – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir menunaikan solat jenazah dan pengebumian Almarhum Ustaz Dr Razali Nawawi, mantan Presiden ABIM yang pertama di Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi.

Hadir menunaikan solat jenazah dan pengebumian tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

Almarhum telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 18 Mei 2023

Menurut rekod, Almarhum merupakan insan pertama yang telah dilantik sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1972 hingga 1974 selepas pulang daripada London.

MBM mendoakan semoga Almarhum Ustaz Dr. Razali Nawawi ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »