DALAM TALIAN 25 Sep – Asas istana ini kitalah yang meletakkannya tegak atau robohnya, Kitalah yang menentukannya. Hanya inilah sanggar tempat kita menyemai cinta hanya inilah pusaka permai yang kita ada
Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Malam Puisi Untukmu Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Belia Negara 2021 menerusi FB Live MBM dan Kementerian Belia dan Sukan.
Pendeklamator puisi terdiri daripada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, pemimpin-pemimpin belia badan gabungan MBM pelbagai kaum, tokoh-tokoh budayawan dan seniman negara.