KALIMANTAN 15 Mei – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah dijemput untuk bersama-sama di dalam Program Silaturrahim Se Provinsi Kalimantan Barat dan Negeri Jiran melalui tema Sinergi Membangun Bangsa Dengan Dakwah. Program ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2022 di Kalimantan Barat, Indonesia.
Menerusi program ini para peserta didedahkan tentang perkongsian tokoh-tokoh agama Indonesia seperti Drs. H. A. Munir Hamid, M.M. dan Ust. Dr. Hj. Imam Zamrozi M. A. dalam konteks memperkasa para pendakwah bagi membangunkan bangsa.
Delegasi juga telah diraikan oleh Bupati Sambas, H. Satono S, Sos. I., M.H di kediaman beliau.
Delegasi turut dibawa melawat Mantan Bupati Sambas, IR. H. Burhanuddin A. Rasyid (2001-2011). Para delegasi turut dibawa berjumpa dengan kepimpian Majlis Ulamak Sambas di Kantor Kementerian Agama Kabupaten Sambas.
Di samping itu juga lawatan di beberapa tempat menarik di Sambas seperti Muzeum Khazanah Melayu, Pusat Kebudayaan Songket Sambas dan lain-lain.
Delegasi MBM diketuai Naib Presiden MBM; Sdr. Tarmizi Karnain Abdah dan Setiausaha Agung MBM; Sdr. Hasnul Haniff Harun. Turut sama pimpinan ABIM yang diwakili Sdr. Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung) dan PKPIM yang diwakili oleh Sdr. Ahmad Farhan Rosli, (Presiden) serta wakil daripada Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Global Peace Malaysia (GPM), dan Kolej Dar al-Hikmah.