KUALA LUMPUR 15 Feb – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2022 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.
Majlis ini dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Sri Ti Lian Ker serta pegawai-pegawai dari MSN dan kementerian.
Hadir mewakili MBM ialah Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Sdr. Alex Ng Jun Fai, Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Sdr. Wong Kam Loon dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed.