KUALA LUMPUR 7 Julai – Biro Pertanian Industri Asas Tani Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai perancangan penglibatan belia dalam sektor pertanian pasca Covid-19.
Belia perlu merebut peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan seperti insentif-insentif di bawah PENJANA dan juga bantuan yang disediakan termasuk geran-geran serta kemudahan pembiayaan untuk lebih serius dalam sektor pertanian.
MBM merangka kursus-kursus untuk belia bagi memantapkan ilmu supaya para belia bersedia sebagai pelapis usahawantani. Kursus-kursus yang akan dianjurkan akan lebih diberikan penekanan kepada ilmu menyediakan rancangan perniagaan.