MAJLIS BELIA MALAYSIA

Peruntukan RM7 juta bakar semangat pertubuhan belia

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM7 juta menerusi Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS) bagi membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urus tadbir pertubuhan belia tahun ini dapat memanfaatkan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan 145 badan gabungannya.

Presiden MBM, Jufitri Joha, berkata bantuan itu adalah pengiktirafan berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap MBM sebagai rakan strategik utama pembinaan negara dan pemegang taruh utama pembangunan belia.

Katanya, peruntukan itu turut meringankan beban MBM dan 145 badan badan gabungannya daripada 19 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, majlis belia negeri (14), majlis belia daerah (105) dan pertubuhan badan beruniform (6).

“Justeru, MBM menasihatkan supaya semua menggunakan amanah wang rakyat dengan penuh integriti dan berhemah.

“Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menghakupayakan belia di semua lapangan dan membantu rakyat sedang kesusahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Jufitri menyeru MBM dan semua badan gabungan meningkatkan iltizam serta komitmen bagi memperkasa pengurusan dan pentadbiran masing-masing dengan azam #kosongmasalahMYKD.

Katanya, beliau juga mahu badan gabungan itu menjadi lebih inklusif dengan terus menyantuni pelbagai kelompok belia dan memperjuangkan isu serta suara mereka.

“Badan gabungan juga perlu menggandakan kerja kesukarelaan membantu rakyat kesusahan di lapangan seperti sebelum ini, selain menghasilkan idea, polisi dan program membangunkan negara demi melihat masa depan lebih cemerlang,” katanya.

Artikel penuh :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842497/bhplus

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »