KUALA LUMPUR 28 Mei – Pertubuhan Belia Republik Azerbaijan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee bertempat di IYCMalaysia.
Pertemuan yang diatur Majlis Belia Malaysia (MBM) ini merupakan sebahagian jadual rangka lawatan delegasi ini ke Malaysia selepas menghadiri Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Melaka.
Pengerusinya, Mr Rafael Hijabayli menyatakan minat terhadap fungsi dan konsep IYC sebagai hub pusat belia yang boleh dijadikan contoh di Azerbaijan.
Hadir sama mengiringi delegasi ini, Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.