KUALA LUMPUR 26 Jun – Isu pengganguran belia terutamanya di Kelantan menjadi intipati pertemuan antara Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dengan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan, Sdr. Hafizul Nizam Abdullah sebentar tadi di Pejabat MBM.
Isu pengganguran belia kini menjadi agenda utama MBM dalam usaha mengurangkan kadar pengganguran melalui beberapa program yang akan dilaksanakan oleh MBM dengan kerjasama beberapa agensi seperti PERKESO dan institusi kewangan HSBC dan mendapat sokongan penuh daripada KBS.
Golongan belia merupakan kumpulan yang terbesar menerima kesan dari pandemik Covid-19.