KUALA LUMPUR 12 Ogos – Sesi pertemuan antara pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Majlis Belia Malaysia (MBM). Sdr. Presiden, Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Hanif Harun mewakili MBM dalam pertemuan ini.
Banyak perkara yang dibincangkan terutama dalam kerjasama melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Integriti di Dalam Pertubuhan Belia dan program berbentuk pendidikan mengenai keburukan rasuah kepada anak muda di samping menggerakkan ‘Kempen Belia Menolak Budaya Rasuah’.
Di samping itu juga, diadakan perbincangan bagi mencalonkan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bagi Anugerah Kecemerlangan Anti-Rasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani yang akan diadakan di Qatar.