KUALA LUMPUR 7 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Encik Pathma Seelan A/L Subramaniam.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pertanian secara moden yang lebih mudah untuk dilaksanakan khususnya dikawasan bandar dan menyediakan youth cabin tempat bagi golongan belia berniaga dan menjalankan aktiviti sosial.
Selain itu, pelbagai perkara dibincangkan bagi membantu golongan belia supaya terlibat dalam bidang pertanian dan keusahawanan.