MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN PRESIDEN MBM DENGAN PRESIDEN BAHARU MAJLIS KELAB BELL BELIA TAMIL MALAYSIA (MKKBT)

KUALA LUMPUR 30 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan dengan Sdr. Gobi Kumaran, Presiden baharu Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKKBT) bertempat di Publika Damansara.

MKKBT adalah badan gabungan MBM dengan 248 cawangan lama dan 50 cawangan baharu di seluruh negara. Pelbagai perkara dibincangkan meliputi kerjasama ke hadapan demi memperkukuhkan peranan menyatupadukan belia pelbagai agama, bangsa dan fahaman politik. Turut dibincangkan kerjasama SDG dan Alam Sekitar.

MKKBT antara gabungan yang kuat menyokong dan menyumbang kepada MBM.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Ganesh, Penolong Setiausaha MKBBT.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »