MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN PENGERUSI BIRO PERINDUSTRIAN, EKONOMI DAN USAHAWAN MBM BERSAMA PRESIDEN MOFAZ GROUP COMPANIES

KUALA LUMPUR 12 November – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syed Osman Mohamed telah mengadakan pertemuan bersama Presiden MOFAZ Group Companies, Haji Mohamed Fauzy Bin Abdul Hamid di Wisma MOFAZ.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Usahawan berkata pelbagai perkara telah dibincang khususnya tentang keusahawanan, peluang dan tawaran tersedia seperti modern farming, online business, logistik base business, dan lain-lain.

Mohamed Fauzy menasihatkan golongan belia perlu pantas mengambil peluang yang ada, tiada lagi istilah belia malas atau memilih kerja.

“MBM juga perlu memainkan peranan membantu kerajaan dalam pembangunan ekonomi belia di negara ini”, ujarnya.

Banyak ilmu keusahawanan dikongsi dalam pertemuan singkat ini yang akan dimanfaatkannya sepenuhnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »