Johor Bahru | 6 Mac – Presiden Penaja Majlis Belia OKU Malaysia, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi yang juga Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Sdr. Md Salleheen Mohamad mengenai usaha mewujudkan Sekretariat OKU Majlis Belia Negeri Johor yang akan diselia Naib Presiden Remaja Majlis Belia Negeri Johor, Sdr. Mohammad Alif A Rahim.
Pertemuan ini juga turut disertai kepimpinan MBNJ dan Majlis Belia OKU.
Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU Johor akan terus menyokong usaha memartabatkan belia OKU Johor dan mendokong hasrat Majlis Belia Negeri Johor.