KUALA LUMPUR 22 Dis – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan pertemuan bersama YB Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) dan Dato’ Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia (YBM).
Pertemuan bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dijalinkan di antara MBM dan kedua-dua organisasi ini khususnya dalam bidang pembangunan ekonomi anak muda.
MBM dihadiri oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad.