KUALA LUMPUR 9 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Koperasi Belia Nasional (KOBENA) di pejabat KOBENA.
Pertemuan bertujuan membincangkan mengenai kerjasama di antara MBM dan KOBENA bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan belia Malaysia.
Hadir sama bekas Setiausaha Agung MBM, Sdr. Tajudin Ahmad.