PUTRAJAYA 15 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bagi mendengar pembentangan dan perkongsian berhubung hasil penyelidikan dan hub data. Pertemuan ini berlangsung di Menara KBS.
Pembentangan disampaikan oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.
Hadir dalam pertemuan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM serta wakil daripada Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dan Ahli Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM.
Dalam pertemuan tersebut, IYRES membentang struktur serta peranan mereka sebagai agensi yang bertindak selaku pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan.