MANILA 20 Jan – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Fazril Mohd Saleh yang mewakili MBM telah mengadakan pertemuan dengan Commissioner-at-Large National Youth Commission (NYC) Filipina, Mr. Laurence Dietsro di Ibu Pejabat NYC, Manila.
Pertemuan bagi mengupaya hubungan antarabangsa MBM khususnya di peringkat rantau Asia Tenggara.
Antara perkara yang dibincangkan adalah :
1. Model “youth representative” dalam Kongres dan juga di setiap peringkat pentadbiran melalui pilihan raya wakil rakyat belia di peringkat provinsi, daerah dan munisipaliti – diberikan elaun YB dan 10% peruntukan setiap lapisan pentadbiran adalah untuk pembangunan belia;
2. Model penghakupayaan belia melalui “National Youth Commision” terus di bawah Pejabat Presiden Filipina, dan petugasnya adalah bertaraf civil servant, dengan kewenangan yang kondusif dalam partisipasi pembuatan dasar;
3. Program-program bersama peringkat antarabangsa melibatkan kepemimpinan, keusahawanan, pertanian moden, rekreasi dan gaya hidup sihat dan lain-lain;
4. Benchmarking program melibatkan kedua-kedua negara.
Direncanakan suatu mesyuarat secara dalam talian pada masa terdekat akan diadakan susulan perkara-perkara yang dibincangkan.

